Nuffnangs Ads

Friday, 28 June 2013

Pantang Larang Orang Melayu Lama




1. Jangan menyapu rumah pada waktu malam, nanti kurang rezeki.


Rasional: Sebenarnya, kerja membersihkan rumah seharusnya dilakukan pada siang hari. Waktu malam adalah masa untuk kita berehat dan tidur.

2. Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah.

Rasional: Sebenarnya, payung itu tempatnya di luar, kalau dibuka di dalam rumah, takut terkena pada sesiapa yang ada dan mencederakan orang lain.

3. Nasi yang dimakan harus dihabiskan, jika tidak nasi itu akan menangis.

Rasional: Ini bertujuan mengajar anak-anak kita supaya tidak membazir makanan dan menghargai rezeki yang diberikan Allah.

4. Jangan makan berubah-rubah tempat, nanti berkahwin ramai.

Rasional: Sebenarnya, beralih-alih tempat ketika menikmati makanan dilarang bagi mengelakkan rumah bersepah, lagi pun tidak manis dipandang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts