Thursday, 27 June 2013
Pantang Lelaki - Apa Lelaki Tak Suka?
Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.
Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki:
1. Ungkit kisah lama - Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengena dengannya?’
2. Banyak soal - Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal IO Polis.
3. Bersaing dengan dirinya - Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.
4. Perlakukan Macam Anak Kecil - Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.
5. Mengongkong - Bukan beliau tidak mempedulikan anda. Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.
6. Bertanya sayang ke tidak - Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tetapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh ...
-
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripad...
-
1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan. 2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang. 3. Sentiasa men...
-
Tidak banyak keterangan yang didapat tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran maupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah na...
-
Rawatan Sakit Tulang a. Surah Yasiin banyak khasiatnya dan di antara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tul...
-
1. Cinta - Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah...

Ouhh betul ke lelaki tak suka perempuan buat dia macam budak kecik ? itu tunjukkan pmpuan tu syg kat dia laa , sifat perempuan kan mmg macam tu , mengasihi orang yang dia sayang ^_____^ jom singgah entri saya dan komen , http://adoredora.blogspot.com/2013/06/wordless-wednesday-1.html
ReplyDeleteHaha...ok dah singgah ^_^
Delete