Nuffnangs Ads

Friday, 21 June 2013

Cara Untuk Memujuk Anak Buat Kerja Sekolah

                   
                                                                                   

1. Wujudkan Ruang Sesuai untuk Membuat Kerja Sekolah - Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang se
suai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah. Stesen itu mestilah:

a. Jauh daripada ruang televisyen atau komputer.

b. Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.

c. Pastikan alat tulis lengkap.


2. Buat Jadual - Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari. Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun. Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar. Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.

3. Bantu Menguruskan Perancangan Kerja Sekolah - Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah. Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka. Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.

4. Jadikan Diri Sebagai Contoh - Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa. Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio. Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya. Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.





No comments:

Post a Comment

Popular Posts