Nuffnangs Ads

Tuesday, 18 June 2013

Tip penjagaan kucing



1. Pastikan kucing anda dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukemia, batu karang dan sebagainya.

2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA atau klinik untukdibersihkan dari bulu, telinga, ekor dan sebagainya.

3. Beri ruang kepada kucing anda. Jangan malas untuk melatihnya agar biasa tidur di kandang kucing.

4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai untuk peringkat umur kucing.

5. Jangan berkira sangat untuk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anda.

6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan.

7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak.

8. Gunakan cecair pembersih anti bacteria. Pengudaraan juga perlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit.

9. Latih kucing anda agar betah untuk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskannya di ruang kediaman.

10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama. Anda juga boleh merangka jadual khas untuk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts