Nuffnangs Ads

Thursday, 18 July 2013

Petua Untuk Pelajar Membina Kekuatan Konsentrasi



Artikel Ini Ditulis Oleh: Eksaiklopedia Petua Melayu Lama

1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentr
asi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.

4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran anda pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan lebih berkesan.

5. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Kajian telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts