Nuffnangs Ads

Monday, 12 August 2013

Petua Untuk Wanita Yang Lambat Kahwin


1. Pasang tekad dalam hati tidak mahu cari lelaki yang ada isteri.

2. Jika ada suami orang mengorat anda, sila layan sedikit sahaja. Jangan curahkan perasaan, cerita masalah pada mereka. Cari tempat lain untuk luahkan masalah, adik beradik, mak ayah, kawan perempuan dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan berkawan dengan orang bujang, bukan dengan orang yang berkeluarga.

4. Jika ada lelaki yang anda berkenan di hati, tetapi dia tak sekufu dengan anda (dia mungkin tidak pandai atau kaya), jangan malu-malu, tawarkan diri.

5. Kekadang disebabkan ‘kedudukan’ anda menyebabkan lelaki yang bujang rasa ‘malu’ untuk meluahkan perasaan. Lelaki yang sudah berkahwin kurang sedikit malu kerana mereka tahu, kalau mereka meluahkan perasaan, tiada kesan. Kalau dia dapat okay, kalau tak dapat pun dia tidak ambil kisah.

6.Yang penting sekali, sila letak sasaran bakal suami anda itu, jangan tinggi sangat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts