Nuffnangs Ads

Friday, 6 September 2013

Jangan Menunggu Untuk Bermula

Pautan pada catatan ini

a. Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya di sini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak.

b. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

Tuesday, 3 September 2013

Cara Memikat Lelaki Pemalu

Pautan pada catatan ini
Cara Memikat Lelaki Pemalu

Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap. Sebab, lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis atau wanita buat pertama kali. 

Jika anda seorang wanita dan anda menyukai seorang lelaki tetapi lelaki itu pemalu, berikut adalah 4 cara untuk berdepan dnegan lelaki pemalu:

1. Anda kena berani memulakan. Walaupun anda perempuan, anda mesti berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tidak tahu selama ini yang anda sukakan dia. Luahkan sebelum dia jadi orang lain yang punya.

2. Gunakan bahasa tubuh anda. Pada zaman ini cara meluah perasaan suka atau perasaan cinta semakin berubah. Anda boleh meluahkan perasaan anda melalui sms, emel, luah melalui Facebook, atau luah menggunakan YouTube.Dengan cara begini, pasti si lelaki kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham anda betul-betul sukakan dia.

3. Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila anda sudah berani memulakan, dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan anda, rasa malunya berkurangan sedikit demi sedikit. Mereka ini pemalu sebab mereka kurang biasa dengan anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu itu bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

4. Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu itu bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), filem-filem terbaharu, lagu-lagu terbaharu atau bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat. Misalnya, membaca, melukis, berblog, berFacebook, mengedit gambar, mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu itu apa yang dia suka buat di masa lapang. Selepas itu, apabila dia sudah galak bercerita, anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – CINTA.

5. Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu. Sebaliknya, bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana anda bercerita-cerita dengan kawan lain. Tetapkan bercerita walau pun mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara anda perlu disantaikan. Elakkan jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda perlu banyak memainkan peranan. Jarak diri anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, asalkan dia boleh dengar suara anda.


P/S: Lelaki pemalu ni sopan dan jujur untung buat suami..hehe

Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun

Pautan pada catatan ini


a. Jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut dengan mereka.

b. Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.

c. Jika anda suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri anda sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki itu. Bila anda simpan dendam lama-lama, anda yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.


P/s: Buang sifat kuat maki hamun..nanti semua dah benci baru tahu ^_^

Cara Tingkatkan Motivasi Diri

Pautan pada catatan ini


Petua Untuk Memantapkan Motivasi Diri Anda


a. Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.

b. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.

c. Kurang fokus merupakan faktor seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak ada matlamat hidup, dia akan mendapati bahawa dia sering berfikir tentang apa yang dia tidak hendaki dan kemungkinan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan. Apabila ini berlarutan, ia boleh menyebabkan seseorang tidak berdaya untuk menghadapi cabaran hidup.

d. Untuk mengelakkan masalah ini, kita harus fokus kepada matlamat hidup kita setiap saat. Berkaitan dengan masalah kurang fokus ialah kekurangan hala tujuan. Apabila kita tiada fokus, maka kita tiada hala tuju. Oleh itu, adalah mustahak kita ada hala tuju dalam kehiduapan kita.

Cara Melawan Sifat Malas

Pautan pada catatan ini


Hilangkan Malas


1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

5. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

Petua Untuk Membina Keyakinan Berniaga

Pautan pada catatan ini


Petua Berniaga 


1. Jelas dengan tujuan menjadi usahawan. Matlamat perlu jelas dan terang. Tak kisah samada anda mahu jadi jutawan, mahu jadi taikun hartanah, mahu jadi juara trading, mahu jadi jutawan senyap, atau mahu membina empayar jenama anda sendiri atau apa-apa sahaja. Yang pentingnya ia perlu jelas sejelas kristal.

2. Terima kenyataan bahawa semua yang anda akan lakukan adalah satu proses. Menjadi orang yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang merupakan satu proses. Tak ada orang hari ini mula berniaga, keesokan harinya terus pandai dan berjaya. Bersedialah menghadapi laluan proses yang naik dan turun, tenang dan ribut dan berbagai rencam lagi. Fokus untuk belajar dari apa saja yang bakal dilalui sehingga matlamat tercapai.

3. Bakar jambatan. Ingat bahawa sekali anda merentasi jambatan ke seberang sana, jambatan tersebut perlulah dibakar untuk diri anda. Tiada lagi 'patah balik', buang perkataan itu terus daripada kamus. Pandang ke depan dan berikan tumpuan pada matlamat.

4. Tetapkan matlamat yang berpadanan. Matlamat mesti sesuai dan mampu untuk dilaksanakan berdasarkan apa yang anda rasa logik. Memang tidak mustahil untuk sasarkan kejayaan mengalahkan Ananda Krishnan, tetapi kalahkan terlebih dulu taukeh kedai runcit di kampung anda.

5. Jangkakan cemuhan. Terima kenyataan bukan semua orang akan terima kita dan apa yang akan kita buat. Malah jumlah mereka yang menghina atau menolak jauh lebih besar daripada yang menerima baik usaha kita.

6. Korbankan ego diri anda seadanya. banyak orang akan berkata, aku memang begitu atau begini, memang semua orang kata begitu dan mustahil untuk berubah. Manusia sentiasa boleh berubah asalkan ada usaha. Malah perwatakan, sifat dan lain-lain lagi mampu diubah dengan usaha dan keazaman. Sesuaikan diri dengan keadaan dan sanggup berubah perlu untuk menempa kejayaan.

7. Jiwa biar dipertengahan. Jangan terlalu rendah diri sampai orang terus tak yakin dan jangan terlalu tinggi diri sampai pandang rendah keupayaan orang lain. Seimbangkan kekuatan jiwa dan beri perhatian pada cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri.

8. Terima pujian ala kadar. Bila anda dipuji jangan berbangga dan jangan pula terlalu merendah sampai orang meluat. Berada di pertengahan memberikan ruang untuk anda meningkatkan lagi usaha dan membuatkan orang lebih selesa.

9. Berhati-hati dengan orang yang mampu pengaruhi diri. Mula pilih dengan siapa anda habiskan masa dan minta nasihat. Contohnya, jangan minta nasihat atau galakan daripada kawan yang makan gaji sedangkan anda mahu jadi usahawan.

10. Bangun semula bila tersembam. Perkara biasa apabila perkongsian cita-cita menjadi usahawan dengan orang lain disambut dengan ejekan atau penolakan yang teruk. Begitu juga cubaan memulakan sesuatu transaksi berniaga berakhir dengan kegagalan teruk. Relak, tenang dan cari pengajaran di sebalik runtuhan impian tersebut.

Popular Posts