Nuffnangs Ads

Wednesday, 20 November 2013

Petua Untuk Mendapat Anak Kulit Cerah

Pautan pada catatan ini
Petua Melayu Lama Untuk Mendapat Anak Kulit Cerah

Sekiranya anda dan suami anda berkulit gelap dan berambut hitam, tentu anda fikir mustahil untuk mendapatkan anak yang berambut perang dan berkulit cerah. Menurut orang tua-tua dahulu, ibu-ibu mengandung hendaklah memakan banyak sayur-sayuran hijau terutamanya sayur bayam. Selain itu jangan lupa makan telur ayam kampung. Orang zaman dahulu mengamalkan petua ini dan terbukti khasiatnya. Anak anda akan berkulit cerah dan berambut perang. Anda boleh mencuba dahulu dan amalkannya sehingga bayi dilahirkan. Apa yang anda hajati mungkin akan termakbul.

Mencegah Pencuri Masuk Rumah

Pautan pada catatan ini
Petua Untuk Menghalang Pencuri Masuk Rumah
Berwaspada elak pencuri Masuk Rumah

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.

2. Kunci atau sorokkan semua pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis, mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri. Tentu sekali bertujuan untuk melindungi diri mereka.

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik mereka di mana mereka akan menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh dari bilik tidur) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri. Ini menandakan kita sentiasa peka.

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet nombor motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka biasanya berdua, setiap kali anda lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran anda, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda, ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch dan lampu belakang rumah, sebaiknya jenis automatic. Ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah mahupun pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang, sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dalam mail box. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Jika kereta anda baharu dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear dan steering sebelum tidur. (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar. Lebih selamat lagi jika anda beri pada jiran yang anda kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baharu, pastikan anda menukar padlock baharu, kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Friday, 15 November 2013

Petua Untuk Pasangan Yang Sukar Mendapat Anak

Pautan pada catatan ini
Sukar Mendapat Anak

Durian Belanda mampu menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Amalkan memakan durian belanda selalu.



Popular Posts