Nuffnangs Ads

Friday, 14 March 2014

Kenapa Cinta Tidak Berbalas?



A. Cinta Tanpa Sedar - Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu menguj
a dirinya. Langkah terbaik,beranikan diri untuk berhadapan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda.

B. Cinta Tidak Diundang - Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta anda sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya anda bahagia. Tetapi bagaimana juka penamatnya menyedihkan?

C. Cinta Terhalang - Barangkali si dia telah mengetahui sekuat mana usaha yang dilakukan, cinta yang bakal dijalin pasti beronak duri, penuh halangan yang tidak mungkin diatasi. Ia seperti cinta antara benua, mungkin cinta orang Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak. Biasanya percintaan ini melibatkan pihak ketiga terutama dari kedua belah keluarga.

D. Tiada Jodoh - Ini adalah penutupnya. Jika tiada suratan takdir untuk anda bersamanya, terimalah sahaja pasrah Ilahi. Mungkin ada sebab musabab di atas kegagalan cinta anda terhadap orang yang dicintai. Barangkali ada insan yang lebih baik dan istimewa sedang menanti nanti. Kegagalan cinta tidak bermakna anda berada di hujung dunia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts