Gigi Kuning Berseri
Tuesday, 7 July 2020
Semangat Baru
Assalamualaikum, dikeranakan malaysia dalam fasa perintah kawalan bergerakan, saya tergerak hati untuk kembali aktif menulis disini. untuk meluangkan masa dan juga memberi manfaat kepada pembaca hendaknya. nantikan tulisan terbaru dari saya ^^
Thursday, 18 February 2016
Aku Yang Lama Tidur
Masa kecil kau periang,manja
konon bercita cita ingin berjaya
Ingin bantu ibubapa, adik beradik semua
Setiap hari kau berangan benda sama.
Dulu kau fikir nanti besar mahu jadi kaya
Hidup senang lenang banyak harta
Tak mahu kerja,mahu berniaga
Tak mahu jadi orang bawahan mahu jadi orang atasan.
Tapi
Itu semua angan angan malam
Datang ketika bantal menjemput tidur
Matahari terbit kau masih lena
Hanya tersedar saat matahari hampir terbenam
Menjangkau Dewasa Umurmu
Dalam tangis kau terkejar berlarian
Mengejar masa yang telah kau persiakan
Kau buntu berjalan tanpa tujuan
Akhirnya meratap dipersimpangan jalan
Kau Mencari jalan yang baru
Setelah sekian lama tidur dalam jaga
Kau mencari rakan rakan lama yang telah kau hindarkan
konon ingin inspirasi membuka jalan baru.
Tapi tidur kau terlalu panjang
Jalan rakanmu kelihatan mempersonakan
Kau pula jadi malu sendiri
Kehibaan datan lagi
Kau terdiam mengimbau masa lalu
Kelemahn yang kau kesalkan
Takut menghadap realiti, berselindung dibalik mimpi
Kau terus membisu
Penyesalan yang sekian lama menyentuh hati
Kian membara ditinggalkan tak bergerak
Kian membara ditinggalkan tak bergerak
Kau Buntu, hanya mengharap belas Ilahi
Tuhan yang mempunyai seratus nama kurang satu
Berdoa semoga Dia membuka jalanmu
Friday, 1 May 2015
WAKTU MAGHRIB TENGOK TV (TIPU DAYA SYAITAN)
Waktu solat tengok tv
7.15 pm
Syaitan: Ko solat nanti iklan.
7.30pm
Syaitan: Tunggu iklan lagi sekali waktu lambat lagi nak habis.
7.40pm
Syaitan: Alaa tunggu la dulu, sikit lagi citer nak habis.
8.00pm
Syaitan: Baring2 la dulu waktu ada lagi ni.
8.15pm
Syaitan: Dah nak habis waktu pon, ko ambik wudhu laju2 pom tak sempat doh nak solat. Biarkan la bukanye esok dah nak mati.
Beginilah permainan syaitan, begitu bijak menghasut kita supaya lalai mengigati Allah.
Thursday, 27 March 2014
Perbuatan Yang Baik Bermula Dengan Niat Yang Baik
Jika niat baik maka baiklah hatinya
Jika hati baik maka baiklah perbuatanya
Namun perbuatan baik sering dipandang jahat ,dsini kita akan dapat uji diri kita..sejauh mana KEIKHLASAN perbuatan baik kita, adakah kita akan berhenti melakukan kebaikkan jika orang memandang kita jahat? atau TIDAK PEDULI pandangan orang kerana yg kita titikberatkan HANYALAH PANDANGAN ALLAH?
Ketahuilah niat yang tidak ikhlas tidak akan mendatangkan pahala, amalan/perbuatan baik seseorang akan ditolak jika niatnya sekadar ingin menunjuk2 kecuali Niatnya kerana Allah ta'ala
Hadist Rasulullah mengenai Niat :
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.
Maka dengan itu segala perbuatan kita hedaklah disertai dengan niat yang baik..tidak peduli apa yang hendak dikata orang..mungkin ada yang kata kita berlagak prihatin jika kita mengutip sampah dijalan dan dibuang ke tong sampah padahal niat kita mahu melihat bumi Allah ini bersih dan memudahkan orang lain atau kita mengerjakan Solat didepan rakan2 kita yang tidak mengerjakannye lalu mereka berkata kita seorang yang "berlagak alim" maka takperlu menghirau kata2 mereka jika niat kita bukan seperti didakwa mereka, sesungguhnya hanya Allah lah yg berhak menilai diri kita bukanlah mereka.
Selagi niat dan perbuatan kita baik tak perlulah ragu2 untuk melakukannye...

Monday, 19 August 2013
Jangan Menilai Seseorang Dari LuaranNya
Jangan Menilai Seseorang Dari LuaranNya
Pemikiran setiap manusia itu berlainan kerana kita membesar dengan cara masing2, didikan, kasih sayang dan pengalaman hidup membentuk pemikiran seseorang.
1.Anda mungkin dilahir dalam keluarga yang kuat pegangan agama maka anda pun menjadi baik dan beriman tapi bagaimana pula orang yang terlahir dalam keluarga yang jauh dari agama? mereka tidak mendapat pengajaran dari ibubapa dan jarang orang yang tak diajar mencintai agama cuba sendiri belajar mengenal agamanya, oleh itu dia menjadi jahat atau tidak beriman.
2.Kasih sayang mengcorak pemikiran seseorang. Jika anda hidup bahagia bersama keluarga anda cukup kasih sayang anda dapat lalu anda akan mampu berfikir dengan waras tapi bagaimana pula orang yang keluarganya bercerai(atau anak yatim piatu) , si anak hidup penuh penderitaan ibubapanya berpisah, tahukah rasanya bagaimana? ibarat hati yang terbelah dua..hendak bersama dengan hati kiri tapi tak mahu berjauh dari hati kanan, kebiasaan orang yang kurang kasih sayang akan berlaku liar kerana hatinya dipenuhi rasa benci yang tumbuh dari keseorangan.
3.Pengalaman pahit boleh mengubah pemikiran seseorang. Jika anda membesar tanpa pengalaman yang menyakitkan hidup pula bersama keluarga yang sempurna samaada anda kaya atau miskin anda sudah dikira BAHAGIA!! bagaimana pula orang yang hidup dengan trauma? trauma dengan apa yang di laluinya..seperti dirogol,keluarganya dibunuh, didera ataua ibubapanya penagih dadah dan lain lain... pengalaman begini ini akan merubah dia menjadi seorang pemarah akibat dari tekanan perasaan.
4.Diejek pernahkah anda merasaai perasaan ini? oleh sebab2 kerana wajah hodoh, miskin atau paling menyakitkan kerana ANDA ANAK HARAM? kalau anda cuba bayangkan bagaimana perasaan seorang 'anak haram' anda tak akan mengerti...orang begini membesar dengan tidak menerima hakikat dirinya anak luarn ikah lagi2 dirinya selalu diejek dan cuba bayangkan pula jika anda tahu anda anak haram yang ditinggalkan di tepi tong sampah oleh ibubapa anda...pasti anda akan merasa rendah diri,kecewa,marah,benci dan berdendam pada ibubapa anda..
4 sebab ini antara banyak sebab pemikiran manusia berlainan, janganlah pelik kenapa seseorang itu melakukan kejahatan walhal dia mengetahui kejahatan2 itu haram di sisi agama dan undang2 negara. Biar Allah sahajalah yang menilai hambanya kita manusia tak mengetahui apa yang berlaku pada setiap insan maka kerana itu KITA TAK LAYAK MENILAI SESEORANG...
Sekian

Subscribe to:
Posts (Atom)