Thursday 18 February 2016

Aku Yang Lama Tidur



Masa kecil kau periang,manja
konon bercita cita ingin berjaya
Ingin bantu ibubapa, adik beradik semua
Setiap hari kau berangan benda sama.

Dulu kau fikir nanti besar mahu jadi kaya
Hidup senang lenang banyak harta
Tak mahu kerja,mahu berniaga
Tak mahu jadi orang bawahan mahu jadi orang atasan.

Tapi
Itu semua angan angan malam
Datang ketika bantal menjemput tidur
Matahari terbit kau masih lena
Hanya tersedar saat matahari hampir terbenam

Menjangkau Dewasa Umurmu
Dalam tangis kau  terkejar berlarian
Mengejar masa yang telah kau persiakan
Kau buntu berjalan tanpa tujuan
Akhirnya meratap dipersimpangan jalan

Kau Mencari jalan yang baru
Setelah sekian lama tidur dalam jaga
Kau mencari rakan rakan lama yang telah kau hindarkan
konon ingin inspirasi membuka jalan baru.
Tapi tidur kau terlalu panjang
Jalan rakanmu kelihatan mempersonakan
Kau pula jadi malu sendiri

Kehibaan datan lagi
Kau terdiam mengimbau masa lalu
Kelemahn yang kau kesalkan
Takut menghadap realiti, berselindung dibalik mimpi
Kau terus membisu
Penyesalan yang sekian lama menyentuh hati
Kian membara ditinggalkan tak bergerak
Kau  Buntu, hanya mengharap belas Ilahi

Tuhan yang mempunyai seratus nama kurang satu
Berdoa semoga Dia membuka jalanmu




Popular Posts