Nuffnangs Ads

Friday, 28 June 2013

Pantang Larang Orang Melayu Lama

Pautan pada catatan ini



1. Jangan menyapu rumah pada waktu malam, nanti kurang rezeki.


Rasional: Sebenarnya, kerja membersihkan rumah seharusnya dilakukan pada siang hari. Waktu malam adalah masa untuk kita berehat dan tidur.

2. Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah.

Rasional: Sebenarnya, payung itu tempatnya di luar, kalau dibuka di dalam rumah, takut terkena pada sesiapa yang ada dan mencederakan orang lain.

3. Nasi yang dimakan harus dihabiskan, jika tidak nasi itu akan menangis.

Rasional: Ini bertujuan mengajar anak-anak kita supaya tidak membazir makanan dan menghargai rezeki yang diberikan Allah.

4. Jangan makan berubah-rubah tempat, nanti berkahwin ramai.

Rasional: Sebenarnya, beralih-alih tempat ketika menikmati makanan dilarang bagi mengelakkan rumah bersepah, lagi pun tidak manis dipandang.

Thursday, 27 June 2013

Pantang Lelaki - Apa Lelaki Tak Suka?

Pautan pada catatan ini


Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mer
eka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.

Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki:

1. Ungkit kisah lama - Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengena dengannya?’

2. Banyak soal - Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal IO Polis.

3. Bersaing dengan dirinya - Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

4. Perlakukan Macam Anak Kecil - Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.

5. Mengongkong - Bukan beliau tidak mempedulikan anda. Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Bertanya sayang ke tidak - Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tetapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

Wednesday, 26 June 2013

Tanda-tanda hidup kita TAK BERKAT

Pautan pada catatan ini




1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah...

Tuesday, 25 June 2013

Petua Tenangkan Hati dan Selalu Gembira

Pautan pada catatan ini

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.



Monday, 24 June 2013

Komik Doraemon Bahasa Kelantan : Roti Ingatey

Pautan pada catatan ini





Sunday, 23 June 2013

Sketsa Kehidupan

Pautan pada catatan ini
"Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan"

Friday, 21 June 2013

Cara Menghilangkan Busuk Hati


1. Jangan Banyak Bicara - Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu - Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh kerana itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT - Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati - Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.




Cara Untuk Memujuk Anak Buat Kerja Sekolah

                   
                                                                                   

1. Wujudkan Ruang Sesuai untuk Membuat Kerja Sekolah - Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang se
suai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah. Stesen itu mestilah:

a. Jauh daripada ruang televisyen atau komputer.

b. Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.

c. Pastikan alat tulis lengkap.


2. Buat Jadual - Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari. Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun. Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar. Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.

3. Bantu Menguruskan Perancangan Kerja Sekolah - Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah. Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka. Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.

4. Jadikan Diri Sebagai Contoh - Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa. Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio. Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya. Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.





Melawan Perasaan Ragu ragu


Bina keberanian. Beranikan diri. Latih diri anda untuk berani. Berani yang anda perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tetapi kurang bijak. Berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang akan dihadapi nanti. Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu yang baharu, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah hidup. Kawal keraguan hari ini, apabila sudah mahir anda akan boleh mengawal kehidupan anda di masa akan datang.





Cara Memujuk Orang Yang Merajuk



1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.

4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Doa Untuk Merawat Tulang Patah, Tulang Retak atau Tulang Rapuh



Rawatan Sakit Tulang
a. Surah Yasiin banyak khasiatnya dan di antara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain-lain berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh atau yang aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca selawat 3 kali dan ayat-ayat tersebut dan sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

b. Bagi yang mengalami retak tulang dan "Ostoeporosis" iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1 kali diikuti doa ini sebanyak 1 kali dan ditiup pada air dan minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. إن شاء الل jisim tulang anda akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium.


Maksudnya: (Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79).

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Bersabar Menghadapi Ujian Allah

Hidup ini tak pernah putus dari masaalah setiap insan yang dilarhiakn pasti menghadapi..Jangan bersedih atas sesuatu yang menimpa hidup kita itu adalah ujian Allah untuk menguji keimanan kita. Allah tak akan beri Ujian yang tak mampu dipikul hambanya, seberat mana ujian diberi janganlah dipertikaikan kerana Setiap apa yang datang dari Allah ada hikmahnya!

Semua orang kaya atau miskin tak terlepas dari masaalah, jauh mana pun kita melarikan diri masaalah tetap mengejar malah menjadi lebih besar membebani fikiran kita..andai pun kita berjaya lari dari 1masaalah percayalah masaalah yang baru ada menunggu di hadapan..kalau bertambah2 jadi gilalah,maka kerana itu kenalah kita hadapi juga .

Bentuk apapun masaalah itu dapat di diselesaikan kalau ada ksabaran, jikakita terlalu pikirkan masaalah tanpa cuba selesaikan hanya buat jadi stress saja dan mengganggu kesihatan maka itu kita mesti menjadi kuat biar apa masaalahnya hadapilah dengan hati yang tenang,pedulikn lah apa orang nak kata...tapi kadang2 masaalah itu sampai ke batas kemampuan kita maka tak usahlah menahan lagi...menangislah! memohon pertolongan Allah....




Wednesday, 19 June 2013

Cinta atau Suka?

Perbezaan perasaan 'menyukai' dan 'mencintai'

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka gembira, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata yang melihat.
Perasaan suka bermula dari telinga yang mendengar.






Penyakit Gaut Dan Tanda Tandanya

Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Tanda-tanda Penyakit Gout Menyerang
1. Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
2. Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
3. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Doa Dan Petua Untuk Anak Menjadi Pandai


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun ana

Tuesday, 18 June 2013

Komik Doraemon Bahaso Kelate : Cermin Nawok

Sedak weh baco komik kot bhaso klate, memey kemah lah sapo hok wat ni..sapo tok minat doraemon bleh jadi minat ..hahaha















Tip penjagaan kucing



1. Pastikan kucing anda dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukemia, batu karang dan sebagainya.

2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA atau klinik untukdibersihkan dari bulu, telinga, ekor dan sebagainya.

3. Beri ruang kepada kucing anda. Jangan malas untuk melatihnya agar biasa tidur di kandang kucing.

4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai untuk peringkat umur kucing.

5. Jangan berkira sangat untuk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anda.

6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan.

7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak.

8. Gunakan cecair pembersih anti bacteria. Pengudaraan juga perlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit.

9. Latih kucing anda agar betah untuk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskannya di ruang kediaman.

10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama. Anda juga boleh merangka jadual khas untuk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.



Doa Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. 

1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat).

2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa).

3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat).

4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu).

5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh).

6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa.

7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.





Mengelak daripada fitnah

Amalkan Bacaan Yaasin seperti berikut:

1. Surah Yaasin, Ayat 29

Untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut orang.

Jika anda rasa orang hendak fitnah atau aniaya diri anda.

2. Surah Yaasin, Ayat 44

Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.

3. Surah Yaasin, Ayat 76

Untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Bila rasa sedih, sebak dan kecewa, baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.

Surah Yaasin: Ayat 29 - 33
[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

Petua Untuk Mengatasi Sihir

Jenis Sihir

a. PATUNG - Tukang sihir akan menggunakan bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

b. SANTAU - Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

c. TELUR LAYANG - Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi dan dibalut dengan kain kuning. Kemudian, sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

d. TANGKAL dan AZIMAT - Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian, tangkal atau azimat itu diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis, ditujukan kepada mangsanya.

e. SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG - Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Cara Mengatasi Sihir

1. Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

2. Begitu juga dengan ayatul Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, 3 ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.



Buang Sikap Risau

Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

Cara Menangani Masaalah


1. Jangan panik - Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.

2. Jangan Emosional - Jangan mudah naik marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak. Yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional.

3. Jangan tergesa-gesa - Tergesa-gesa itu berasal dari syaitan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang.

4. Jangan putus asa - Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT. Ingatlah, bersama kesulitan pasti ada kemudahan.

Apa itu cinta? Apa hala tuju cinta anda

a. Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan anda untuk menentukan ‘mindset’ anda. Mindset ini adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target anda. Tanya diri anda sendiri: “Apa matlamat aku bercinta?” Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan. Dalam usia remaja, anda bercinta sebab anda mahu menikmati bagaimana manisnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang anda rindui, dialah yang anda sukai. Apabila anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada daya rangsangan motivasi. Anda bercinta sebab anda mahu jadikan si dia sebagai rangsangan motivasi anda. Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, anda akan kahwin dengannya.

b. Dalam fasa bekerja, anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara.

c. Anda mesti kenal pasti untuk apa anda bercinta sekarang ini. Tahukah anda apa matlamat anda bercinta? Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah untuk mencari orang yang sesuai dengan anda sebelum bernikah? Mindset anda menentukan kebahagiaan anda. Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset anda menentukan keberhasilan usaha anda. Selidiki hati anda. Kaji apa tujuan anda bercinta. Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda anda tahu apa tujuan bercinta. Jika anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan anda bercinta, itu petanda bahawa anda belum meletak matlamat cinta. Adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka sahaja?






Doa supaya di kasihi


Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.


Terjemahan:
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang." - Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Petua Untuk Menurunkan Berat Badan

Pilihan 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Pilihan 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Pilihan 3: Cuci 2 helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar 2 jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Petua Untuk Hidup Tenang dan Bahagia

1. Cinta - Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.
2. Hormat - Memberi dan menerima, menjadi suatu perkaral yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan.

3. Bersyukur - Tidak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah s.w.t.telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. Bahagia - Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah memberi senyuman itu suatu ibadah?

5. Memaafkan - Ramai orang stress kerana tidak sanggup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat dia tertekan. Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. Kejujuran - Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

7. Ketulusan - Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

8. Kepekaan - Suatu keajaiban yang diberikan Allah s.w.t. pada kita adalah hati. Dengan hati, kita berasa sedih dan senang, mampu memilih kebenaran.



Hukum tajwid tanda tanda berhenti


Cara mudah kuruskan badan

 8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan

Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?

Biar saya beritahu anda satu rahsia:

Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!

Bagaimana? Teruskan bacaan anda...

Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:

1. Kawal Pemakanan Anda 

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? 

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan

 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik

 Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka. 

Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!

Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di sini. 

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

Semoga Berjaya!

Cara Membina Keyakinan diri baca kat Sini

Doa minta di jauhi terkena sihir

Inilah doa amalan Rasulullah SAW untuk merawat sihir dan Baginda SAW mengajar para sahabat untuk mengamalkannya. 
HAFAL & AMAL

DOA MOHON KETABAHAN HATI DAN IMAN


"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita... Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.." ♥

Monday, 17 June 2013

WAKTU MAGHRIB TENGOK TV (TIPU DAYA SYAITAN)


Waktu solat tengok tv


7.15 pm
Syaitan: Ko solat nanti iklan.

7.30pm
Syaitan: Tunggu iklan lagi sekali waktu lambat lagi nak habis.

7.40pm
Syaitan: Alaa tunggu la dulu, sikit lagi citer nak habis.

8.00pm
Syaitan: Baring2 la dulu waktu ada lagi ni.

8.15pm
Syaitan: Dah nak habis waktu pon, ko ambik wudhu laju2 pom tak sempat doh nak solat. Biarkan la bukanye esok dah nak mati.


Beginilah permainan syaitan, begitu bijak menghasut kita supaya lalai mengigati Allah.

BISMILLAH 7 FADHILAT DAN FUNGSI

1. Dengan nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”

fadhilat dan fungsi bismillah 7

- Makbul segala hajat dan cita-cita.

- Luas rezkinya.

- Menang dalam peperangan.

- Penerang hati.

- Diajuhkan dari segala penyakit.

- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

- Aman daripada binatang2 buas.

-Air laut menjadi tawar.

- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

-Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

- Terselamat dari karam dilaut.

- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika
meminumnya.

- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah 7 ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, Insyaallah.





Popular Posts