Nuffnangs Ads

Thursday, 25 July 2013

Petua Memilih Buah Tembikai

Pautan pada catatan ini


1. Kulit yang licin.


2. Pangkalnya gemuk, semakin ke hujung, warna kulitnya kekuningan.

3. Tepuk sedikit dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis.

4. Jika sudah dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.

5. Bijinya pula perang tua atau hitam dan keras, bukan putih atau agak lisut.

Monday, 22 July 2013

Amalan Sunnah Rasulullah(saw) Sebelum Tidur

Pautan pada catatan ini

Artikel ditulis oleh:ImamMudaAsyraf



1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1 )     Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2 )     Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :
” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.
3 )     Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.
Okay…Sunnah yang simple untuk malam ini…bersama Kita amalkan…Wassalam

Saturday, 20 July 2013

Fadhilat Surah Al-Kautsar

Pautan pada catatan ini

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga.


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan
ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa anda.

2. Jika anda kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4. Jika rumah anda dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada anda di mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000 kali, rezeki anda akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati anda akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, 18 July 2013

Petua Untuk Pelajar Membina Kekuatan Konsentrasi

Pautan pada catatan ini


Artikel Ini Ditulis Oleh: Eksaiklopedia Petua Melayu Lama

1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentr
asi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.

4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran anda pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan lebih berkesan.

5. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Kajian telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

Petua Untuk Pelajar Mudah Mengingati Ilmu

Pautan pada catatan ini


Artikel ini ditulis oleh: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Kebanyakan pelajar biasanya berdepan dengan masalah sukar untuk mengingati ilmu yang dipelajari. Perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini adalah seperi berikut:

PERTAMA : Menghindarkan diri daripada sebarang dosa. Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang seseorang mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa ?. kerana hatinya suci bersih dan berkat.

KEDUA : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu.

KETIGA : Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan letih seperti mata yang mengantuk dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran.

KEEMPAT : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza.

KELIMA : Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri. Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu.

KEENAM : Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut.

KETUJUH : Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati .

KELAPAN : Istiqamah dalam menghafal. Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan. Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama.

KESEMBILAN : Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian syafawi ( lisan) kelak.

KESEPULUH : Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.

KESEBELAS : Doa dan tawakkal. Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak.

Wednesday, 17 July 2013

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata



Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”



* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

Pautan pada catatan ini




1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.


2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Tuesday, 16 July 2013

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Pautan pada catatan ini


1. Al-Fatihah 7 kali

2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Monday, 15 July 2013

Rumah Tinggalan Rasulullah (saw)

Pautan pada catatan ini
Gambar2 di ambil dari Sini


Tinggalan bekas rumah Rasulullah bersama Sayyidah Khadijah RA...Rumah ini telah menjadi kediaman Rasulullah S.A.W selama 28 tahun....

Kesan rumah Rasulullah S.A.W bersama Isteri tercintanya Sayyidah Khadijah R.A

Pintu masuk kamar Rasulullah S.A.W

Bak air yang digunakan Rasulullah S.A.W untuk berwudhu'



menurut sumber, gambar di atas ialah makam Sayyidah Khadijah A.S (Besar) dan putranya Qasim (Kecil) di penjuru

Masjid Imam Ali Al Uraidhi 




kesan runtuhan Mihrab tempat Rasulullah SAW...


Tempat Syaidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Diserang Wanita Berbogel di Masjidilharam - Cerita Dari Mekah

Pautan pada catatan ini


Dipetik dari Mastika

Diceritakan oleh:
Datuk Dr Harun Din al-Hafiz


Kali pertama saya menjejakan kaki ke Mekah adalah pada tahun 1968 iaitu untuk menunaikan fardhu Haji. Alhamdulillah dari itu hingga sekarang boleh dikatakan setiap tahun saya ke sana,samaada untuk menunaikan haji atau umrah.

   Mekah menemukan saya denga pelbagai pengalaman aneh,misteri dan cukup menginsafkan,melalui pengalaman itu akurlah saya bahawa kita makhluk Allah kerap mengingkari perintahnya dan Betapa Allah itu maha berkuasa. Ia boleh membalas perbuatan pada bila bila masa dan dalam bentuk apa yang disukainya,termasuk yang mengaibkan kita.

   Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk diambiliktibar ialah mengenai seorang jemaah haji(lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya,jadi aya tidak mengenalinya.
Apa yang berlakukepada lelaki berkenaan adalah setiap kali hendak masuk ke Masjid,dia tiba tiba sahaja menjadi panikseperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh gapah keluar semula dari Masjid dan pulang kerumah tumpangannya.

   Selepas gagal kali pertama lelaki itu cuba lagi kali2 tetapi setelah orang2 di Masjid memandang ke arahnya,dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berkalu berulang ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelai tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

  Melihat keaada yang sungguh aneht itu, seorang sahabat datang memberitahu dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tdak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapatkan makulmat tentang lelaki itu terlebih dahulu.

   Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang dilakukannya hingga menyebabkan dia jadi sedemian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia cerita kan apa sebenarnya berlaku.

Ceritanya amat memalukan tapi memberi amat pengajaran. Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi buruk-menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

   Rupa rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak memasuki Masjidilharam dia tiba tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaanbogel menerkan ke arahnya atau seperti mencari carinya. Maka kerana taku kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya,lelaki berkenaan melarikan diri.

    Selepas mengetahui keddukan sebenarnya barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitahu selepas itu barulah lelaki itu dapat masuk ke Masjid, itu pun cuma sampai pintu.



Sunday, 14 July 2013

Sebelum Nabi Muhammad (saw) Menjadi Rasul

Pautan pada catatan ini


Nabi Muhammad berasal dari keturunan Quraisy, Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab. Ibu dan bapanya mempunyai pertalian kekeluargaan.

1.Semasa Kelahiran Baginda

1.Lahir di Mekah pada pagi Isni 12Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20April tahun 571 Masihi

2.Tahun Kelahiran Baginda dikenali dengan"Tahun Gajah" kerana : Pada tahun itu Raja Yaman yang
bernama Abrahah Al-Asyram dengan tentera bergajah telah menyerang kota Mekah untuk meruntuhkan Kaabah,tetapi telah dihancurkan oleh Allah S.W.T

3.Bapanya meninggal dunia,semasa baginda masih dalama kandungan.

4.Datuknya telah membawa baginda ke Kaabah pada hari ke tujuh kelahiran kemudia diberi nama "Muhammad:(orang yang terpuji)

Perkara aneh berlaku semasa kelahiran Baginda:
  • suasana terang benderang di seluruh bandar Mekah
  • burung-burung bersiul gembira udara yang nyaman ,serta bunga yang harum , dan tumbuhan yang segar
  • baginda lahir dalam keadaan tertiarap seperti orang sujud dengan kedua jari telunjuk terangkat keatasmemberi tandakesaan Allah S.W.T

2.Semasa Bersama Ibu Susunya

1,Pada mulanya Baginda disusui oleh ibunya dan Thuwaibatul Aslamiah
2.Kemudia diserahkan keoada Halimatus Saadian untuk disusui
3.Baginda membantu keluarga angkatnya mengembala kambing semasa erusia 4tahun

3.Semasa Bersama Ibunya

1.Tinggal bersamaibunya ketika berusia 5tahun
2.Menziarahi kubur bapanya di Madinah bersama ibunya dan Ummu Aiman
3.Ibunya meninggal-Baginda tinggal pula dengan datuknya Abdul Mutallin

4.Semasa Bersama Datuknya

1.Baginda sentiasa dibawa kemana mana
2.Ketika berusia 8tahun datuknya meninggal dunia
3.baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abdul Talib

5.Semasa Bersama Abu Talib

1.Baginda mengembala kambing
2.ketika berusia 12tahun ,Baginda bersama Abu Talib berniaga ke Syam
3.Di Syam,pendeta Nasrani bernama :Buhaira" mendapati tanda kenabian dan kerasulan pada diri Baginda
4.Buhaifa meminta ABu Talib membawa pulang Baginda serta disuruh menjaga dengan baik

6.Semasa Remaja

1.Baginda berkongsi berniaga bersama seorang pemuda Quraisy bernama As-Saaib bin Abi-Saaib
2.Ketika berusia 25tahun Baginda ke Syam memperniagakan barang dagangan Khadijah bt Khuwalid
3.Berkahwin dengan Khadijah kerana Khadijah tertarik dengan keperibadian Baginda
4.Ketika berkahwin Baginda berusia 25tahun dan Khadijah 40tahun

Petua Orang Dulu-Dulu Untuk Suara Merdu Apabila Membaca Al-Quran

Pautan pada catatan ini

Untuk mendapatkan suara yang merdu dan sedap semasa membaca Al-Quran, minum campuran air embun dengan madu.

1. Ambil sehelai tuala kecil dan di tuala tersebut anda hendaklah menulis kalimah

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

2. Setelah selesai menulis kalimah Bismillah, jemur tuala tersebut di tempat lapang padar tengah malam.

3. Pada keesokkan hari kutip tuala tersebut sebelum masuknya azan subuh. Tuala yang lembab dan basah dengan air embun itu hendaklah anda perah dan masukkan ke dalam bekas minuman.

4. Akhir sekali anda hendaklah mengamalkan dengan meminum air embun tersebut.

والله والله

Saturday, 13 July 2013

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Pautan pada catatan ini


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Petua Tradisional Untuk Merawat Batu Karang

Pautan pada catatan ini


Pilihan 1: Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek dan telan selama 3 pagi.


Pilihan 2: Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi) kulitnya, daun, bunga dan akarnya. Pipis lumat-lumat dan campurkan dengan pati santan. Bubuh dalam mangkuk sebanyak 3 ruas jari telunjuk dan minum.

Pilihan 3: Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica). Pipis lumat-lumat dan seterusnya masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Selepas itu tutup dengan tanah liat dan bakar. Kemudian minum airnya dan makan isinya.

NOTA: Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura, ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides) untuk merawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).

Memang benar, zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Thursday, 11 July 2013

Petua Untuk Mendapat Pasangan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Pautan pada catatan ini



 



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri

Pautan pada catatan ini


1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi
 seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

Monday, 8 July 2013

Tanda-Tanda Lelaki Meluat Dengan Anda

Pautan pada catatan ini


1. Suka Mengelak - Jika pasangan anda suka mengelak; sama ada daripada memperkatakan tentang hubungan anda atau tentang hala tuju perkahwinan anda atau tentang apa jua perkara yang berkaitan dengan hubungan kalian, itu tandanya dia tidak berminat lagi untuk meneruskan komitmen terhadap hubungan anda berdua. Mengelak boleh berlaku dalam banyak keadaan;
dia boleh tidak berterus terang; juga mencari jalan agar membincangkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan hubungan anda atau menukar tajuk perbincangan tentang hubungan anda yang telah anda mulakan malah dia juga boleh mendiamkan diri.

2. Memberi Alasan - Individu yang tidak mahu berikan komitmen juga akan mudah memberi alasan bila diajukan persoalan atau perbincangan mengenai hubungan anda bersamanya. Sebagai contoh; jika anda merancang untuk berkahwin; si dia akan memberi alasan demi alasan untuk tidak mengusahakan rancangan perkahwinan anda itu. Sekiranya anda telah berkahwin pula dan si dia berusaha memberikan pelbagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama anda.

3. Mencari Salah Pasangan - Ada ketikanya pula; individu yang enggan berikan komitmen akan sengaja mencari malah mereka-reka salah pasangan. Mereka akan bersikap agresif; menyalahkan pasangan walau hanya atas alasan yang remeh dan dalam sesetengah keadaan akan memanipulasi keadaan persekitaran hingga mewujudkan rasa bersalah yang tinggi kepada pasangan dan pengakuan bersalah pasangan menjadi batu loncatan buat mereka bagi menamatkan perhubungan.

4. Tidak Berikan Kerjasama - Individu yang tidak mahukan komitmen juga akan bersikap tidak bekerjasama. Mereka mungkin mengaku akan lakukan sesuatu yang dihajati oleh pasangan tetapi akhirnya pengakuan hanya tinggal pengakuan dan hajat pasangan akan dibiarkan tanpa sebarang pelaksanaan. Individu ini juga akan bersikap tidak peduli dengan kehendak pasangan; biar dipujuk atau dirayu; mereka akan membatukan diri, bersikap selamba malah bersikap memekakkan telinga.

5. Sukar Dihubungi - Individu yang tidak mahukan komitmen juga sukar untuk dihubungi. Malah selalunya mereka akan bersikap mendiamkan diri, tidak akan menghubungi anda kecuali dihubungi dan ada tikanya tidak melayani panggilan anda. Dalam perkahwinan pula, mereka akan bersikap menyendiri dan membiarkan pasangan bercakap sendiri.

6. Tiada Komunikasi - Mereka yang tidak mahukan komitmen juga bersikap menafikan sebarang bentuk komunikasi dengan anda. Komunikasi bukan saja wujud dalam perbualan sebaliknya juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap, perlakuan malah memek muka. Penampilan wajah yang tidak ceria atau masam tika bersama pasangan, tanpa apa-apa penjelasan atau alasan yang wajar; menjadi tanda dia tidak mahukan komitmen bersama anda.

Cara Membina Keyakinan Diri

Pautan pada catatan ini


1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.


2. Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Popular Posts