Monday, 19 August 2013

Jangan Menilai Seseorang Dari LuaranNya

Jangan Menilai Seseorang Dari LuaranNya

Pemikiran setiap manusia itu berlainan kerana kita membesar dengan cara masing2, didikan, kasih sayang dan pengalaman hidup membentuk pemikiran seseorang.

1.Anda mungkin dilahir dalam keluarga yang kuat pegangan agama maka anda pun menjadi baik dan beriman tapi bagaimana pula orang yang terlahir dalam keluarga yang jauh dari agama? mereka tidak mendapat pengajaran dari ibubapa dan jarang orang yang tak diajar mencintai agama cuba sendiri belajar mengenal agamanya, oleh itu dia menjadi jahat atau tidak beriman.

2.Kasih sayang mengcorak pemikiran seseorang. Jika anda hidup bahagia bersama keluarga anda cukup kasih sayang anda dapat lalu anda akan mampu berfikir dengan waras tapi bagaimana pula orang yang keluarganya bercerai(atau anak yatim piatu) , si anak hidup penuh penderitaan ibubapanya berpisah, tahukah rasanya bagaimana? ibarat hati yang terbelah dua..hendak bersama dengan hati kiri tapi tak mahu berjauh dari hati kanan, kebiasaan orang yang kurang kasih sayang akan berlaku liar kerana hatinya dipenuhi rasa benci yang tumbuh dari keseorangan.

3.Pengalaman pahit boleh mengubah pemikiran seseorang. Jika anda membesar tanpa pengalaman yang menyakitkan hidup pula bersama keluarga yang sempurna samaada anda kaya atau miskin anda sudah dikira BAHAGIA!! bagaimana pula orang yang hidup dengan trauma? trauma dengan apa yang di laluinya..seperti dirogol,keluarganya dibunuh, didera ataua ibubapanya penagih dadah dan lain lain... pengalaman begini ini akan merubah dia menjadi seorang pemarah akibat dari tekanan perasaan.

4.Diejek pernahkah anda merasaai perasaan ini? oleh sebab2 kerana wajah hodoh, miskin atau paling menyakitkan kerana ANDA ANAK HARAM? kalau anda cuba bayangkan bagaimana perasaan seorang 'anak haram' anda tak akan mengerti...orang begini membesar dengan tidak menerima hakikat dirinya anak luarn ikah lagi2 dirinya selalu diejek dan cuba bayangkan pula jika anda tahu anda anak haram yang ditinggalkan di tepi tong sampah oleh ibubapa anda...pasti anda akan merasa rendah diri,kecewa,marah,benci dan berdendam pada ibubapa anda..

4 sebab ini antara banyak sebab pemikiran manusia berlainan, janganlah pelik kenapa seseorang itu melakukan kejahatan walhal dia mengetahui kejahatan2 itu haram di sisi agama dan undang2 negara. Biar Allah sahajalah yang menilai hambanya kita manusia tak mengetahui apa yang berlaku pada setiap insan maka kerana itu KITA TAK LAYAK MENILAI SESEORANG...

Sekian


Popular Posts